Wednesday, 17 April 2013

Maraton berdarah di Boston


GARISAN penamat Maraton Boston kelihatan di Boylston Street, Boston, Massachusetts. Keselematan di kawasan kota itu dipertingkatkan berikutan letupan berkenaan. – AFP
BOSTON: Bom yang meletup beberapa saat sebelum peserta tiba di garisan penamat membuatkan jalan dipenuhi darah dan kaca dengan tiga terbunuh, termasuk budak lelaki lapan tahun manakala lebih 140 lagi cedera.
Tanda tanya sekarang siapakah punca menyebabkan tragedi Maraton Boston itu dan mengapa.


Penyiasat Persekutuan mejelaskan tidak ada pihal tampil mengaku pada hari kelepasan am iaitu, Patriots Day. Tapi, letupan berkenaan membuatkan semua resah kemungkinan serangan pengganas.
President Barack Obama pula begitu berwaspada tidak menggunakan perkataan `terror’ atau `terrorism’ ketika dia bercakap di White House selepas tragedi berkenaan.
Tapi, sumber pendadbiran menjelaskan, tragedi berkenaan dianggap sebagai ancaman pengganas.
“Kami akan mencari siapa yang melakukan pengeboman itu dan mengapa,” kata Obama. “Sama ada perbuatan individu atau kumpulan, keadilan perlu ditegakkan.”
Ketika ini, FBI mengambilalih siasatan dengan meminta penduduk di pinggir bandar raya Boston berkongsi maklumat, terutama yang mempunyai video atau audio atau foto.
Pihak keselamatan Eropah pula mendakwa bukti awal menunjukkan bukan kerja pengebom berani mati.
“Sehingga ini, penyiasat percaya bukan kerja pengebom berani mati tetapi masih terlalu awal untuk menolak kemungkinan berkenaan,” katanya. – Agensi

Tuesday, 16 April 2013

METRO : Angin ‘ngeri’ luar rumah

Melaka: Hasrat sebuah keluarga dari Kampung Permatang Duyong, Duyong, di sini, mengadakan kenduri doa selamat dan kenduri arwah di rumah mereka tidak kesampaian selepas bumbung kediaman rosak dilanda ribut, awal pagi semalam.
Pemilik rumah itu Kamsiah Said, 55, berkata, kejadian berlaku antara jam 2 dan 2.15 pagi ketika dia dan suaminya, Majid Hashim, 60, bersama tiga anak serta dua cucu mereka yang berusia tiga bulan dan 10 tahun berada di rumah itu.
Katanya, sebelum kejadian, dia yang belum tidur terdengar bunyi deruan angin di belakang rumah menyebabkan timbul rasa pelik kerana tidak pernah mendengar bunyi angin sekuat itu.

“Kebetulan pula, ketika itu, anak lelaki saya bangun dan pergi ke dapur untuk makan. Bagaimanapun dia yang menjenguk ke luar tingkap terkejut sebaik ternampak angin berpusing dalam keadaan berlapis iaitu di bawah berwarna hitam dan atasnya putih.

Foto
KAMSIAH menunjukkan bumbung rumahnya yang diterbangkan ribut.

“Tidak lama kemudian, angin seolah puting beliung terus menghentam bumbung dapur mengakibatkan zink bumbung terhumban ke tepi rumah.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Oleh Mohamad Yatim Latip
Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/15