Tuesday, 16 April 2013

METRO : Angin ‘ngeri’ luar rumah

Melaka: Hasrat sebuah keluarga dari Kampung Permatang Duyong, Duyong, di sini, mengadakan kenduri doa selamat dan kenduri arwah di rumah mereka tidak kesampaian selepas bumbung kediaman rosak dilanda ribut, awal pagi semalam.
Pemilik rumah itu Kamsiah Said, 55, berkata, kejadian berlaku antara jam 2 dan 2.15 pagi ketika dia dan suaminya, Majid Hashim, 60, bersama tiga anak serta dua cucu mereka yang berusia tiga bulan dan 10 tahun berada di rumah itu.
Katanya, sebelum kejadian, dia yang belum tidur terdengar bunyi deruan angin di belakang rumah menyebabkan timbul rasa pelik kerana tidak pernah mendengar bunyi angin sekuat itu.

“Kebetulan pula, ketika itu, anak lelaki saya bangun dan pergi ke dapur untuk makan. Bagaimanapun dia yang menjenguk ke luar tingkap terkejut sebaik ternampak angin berpusing dalam keadaan berlapis iaitu di bawah berwarna hitam dan atasnya putih.

Foto
KAMSIAH menunjukkan bumbung rumahnya yang diterbangkan ribut.

“Tidak lama kemudian, angin seolah puting beliung terus menghentam bumbung dapur mengakibatkan zink bumbung terhumban ke tepi rumah.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Oleh Mohamad Yatim Latip
Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/15

Share this

0 Comment to "METRO : Angin ‘ngeri’ luar rumah"

Post a Comment